Monday 24 January 2011

Kelebihan Bisnes Secara Dropship

Selamat ke Bisnes Secara Dropship ?
Ini yang saya ingin kongsikan dengan anda.
Kelebihan Berniaga Secara Dropship

  • Tidak memerlukan modal untuk membeli produk
  • Tidak perlu menyimpan stok
  • Tidak perlu menghantar produk kepada pembeli
  • Terus mendapat keuntungan kerana anda hanya membayar harga kos dan perkhidmatan dropship
  • Anda dapat membeli produk dengan harga yang lebih murah
  • kadang -kadang anda tak perlu gunakan wang anda..anda boleh shopping dengan komisyen yang anda dapat.
  • Dan banyak lagi.........

Jadikan Hobi anda sumber pendapatan kedua anda




SHOPPING BOLEH JANA PENDAPATAN?
Tak percaya...
Mana boleh shopping boleh jana pendapatan..
Saya sendiri pada mulanya tidak percaya dengan statement di atas.
Namun, saya suka mencuba. Tak salah kan mencuba.
Dah hampir dua tahun saya mencuba dan saya telah mendapat bukti tak sampai setahun.
Nak tahu rahsianya. Silalah follow blog ini.
Saya akan kongsikan bersama anda, macam mana nak jadikan hobi sebagai pendapatan kedua saya.

Monday 17 January 2011

Produk Yang Boleh Diniagakan Secara Dropship

Ada banyak produk yang boleh anda niagakan secara Dropship. Antaranya :


  • Pakaian Wanita
  • Kain Pasang
  • Pakaian Kanak-Kanak
  • Make Up - pasikan make up selamat digunakan
  • Kasut
  • Ebook
  • Barang perhiasan seperti gelang,rantai dan sebagainya
  • Barang Digital - Camera,Handphone

Dan banyak lagi yang boleh anda niagakan

Sila lihat makumat maklumat dibawah:


Produk pakaian boleh memberi pulangan yang memuaskan kepada anda kerana pasaran amat menggalakan .

(sumber dari Facebook)

Ada 206,800 pelanggan wanita yang berumur 18 tahun ke atas yang suka shopping dan online yang sentiasa bersedia membeli produk kesukaan mereka.

Mari kita lihat potensi jika anda niagakan pakaian kanak-kanak:




Estimated Reach
54,320 people
  • who live in Malaysia
  • age 18 and older
  • who like online or shopping
  • who are married
(sumber dari Facebook)
Ada 54,320 dari kalangan ibubapa yang akan menanti produk untuk anak-anak mereka.

Itu baru pakaian wanita dan kanak - kanak. Belum lagi produk lain.Rezeki ada di mana-mana asalkan anda kreatif.

Bisnes Online Tanpa Modal

KONSEP DROPSHIP

Program Dropship merupakan salah satu cara bagi anda untuk memulakan BISNES ONLINE TANPA MODAL. Banyak syarikat,perniagaan dan individu yang menawarkan Program Dropship. Begitu juga dengan produk yang boleh diniagakan secara Dropship amat meluas.
Konsep Dropship ialah anda berfungsi sebagai promoter/reseller atau agen. Anda promosikan produk di mana-mana. Bila ada pelanggan anda dapatkan pesanan. Setelah produk tersebut dipesan & pembayaran telah dilakukan oleh pelanggan anda kepada anda , anda perlu memesan produk tersebut kepada syarikat pembekal. Berikan maklumat pemesan produk tersebut seperti nama & alamat pembeli untuk membolehkan syarikat menghantar terus produk tersebut kepada pelanggan anda. Yang menariknya, nama anda atau nama company (jika anda berniaga atas nama company) akan terpapar pada bungkusan produk tersebut. Jadi, seolah-olah anda yang memproses & menghantar produk tersebut. Dari segi harga produk, terserah kepada anda untuk tentukan. yang penting adalah harga yang anda dapatkan dari syarikat produk tersebut. Buat perjanjian & kemudian anda tentukan harga sendiri..